Sunday, September 26, 2010

kad raya




kad raya ini menggunakan aplikasi adobe photoshop. next post saya akan publish cara-cara membuat kad raya ini dengan lebih teliti. SELAMAT HARI RAYA kepada semua.maaf zahir dan batin . I love everyone! :)

Video pengajaran meggunakan aplikasi youtube



*ULASAN VIDEO DI ATAS*

Komputer adalah alat elektronik yang kompleks dan mempunyai banyak kelebihan. Ia sesuai untuk dijadikan alat bagi membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia berkemampuan menerima dan memproses data. Komputer juga membantu pengajar mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang berkesan jika digunakan dengan sistematik. Pengajaran yang disertakan dengan alat bantu mengajar terkini akan dapat menambah minat pelajar mempelajari sesuatu bidang pelajaran. Di samping itu, jika komputer dapat digunakan secara sistematik dan berkesan oleh guru, ia mampu menyelesaikan sebarang masalah pengajaran dan pembelajaran. Ini selaras dengan pandangan Heinich (1996) yang menyatakan bahawa komputer dapat memperkayakan teknik pengajaran.

Sejajar dengan teknologi ICT juga, kerajaan telah menubuhkan sekolah bestari yang telah memperlihatkan kesungguhan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mentransformasikan pendidikan agar bangsa Malaysia abad ke-21 ini bukan sahaja menguasai teknologi maklumat malah berupaya merealisasikan Wawasan 2020. Transformasi ini telah mengubah anjakan paradikma pengajar dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam pendidkan negara khususnya dalam meningkatkan minat pelajar, meningkatkan kreativiti dan pengetahuan pelajar melalui penggunaan teknologi multimedia dan jaringan seluruh dunia.

Melalui video di atas kaedah ICT dalam pembelajaran yang di gunakan adalah melalui kaedah :

1) Teks

Semasa membangunkan aplikasi multimedia, antara perkara perlu diberikan perhatian dalam penyediaan teks ialah ;

· ringkas tetapi padat dan boleh dibaca,

· penggunaan typeface dan fon yang bersesuaian dan sedia dapat menggalakkan pelajar untuk belajar dan menarik untuk di pelajari

· pemilihan stail tulisan dan warna teks yang bersesuaian seperti video di atas dapat menarik perhatian pelajar untuk berminat mendalami pelajaran tersebut.

2) Grafik

Perkara yang perlu diberikan perhatian dalam pemilihan grafik ialah;

· bersesuaian dengan kumpulan sasaran dan keperluan tugas. sebagai contoh video yang di kemukakan adalah untuk kanak-kanak pra sekolah, jadi di masukkan unsur yang dapat menarik kanak-kanak tersebut mempelajari huruf.

· warna grafik yang bersesuaian serta spesifikasi penggunaan grafik tanpa masalah pada sistem berkeupayaan rendah.warna grafik yang berwarna-warni dapat menarik minat pelajar untuk mempelajari video yang di paparkan itu.

3) Audio

Antara perkara perlu diberikan perhatian dalam penggunaan audio dalam aplikasi multimedia ialah ;

· hanya digunakan jika perlu dan didapati bersesuaian dengan isi kandungan atau program,

· pastikan audio yang digunakan boleh dikawal contohnya kawalan suara dan memberhentikan audio,contoh dalam video usur suara yang menarik dan jelas dapat memudahkan pelajar memahami apa yang di katakana dalam video tersebut.

· Elakkan menggunakan terlalu banyak audio yang sama dalam aplikasi bagi mengelakkan kebosanan.seperti video di atas audio yang ceria dan menarik dapat menarik minat kanak-kanak untuk belajar sekaligus dapat mengigati huruf yang ingin di pelajari.

· Video di atas sangat jelas dan mudah di fahami oleh kanak-kanak yang baru ingin mengenal huruf

4) Video

Antara perkara perlu diberikan perhatian dalam penggunaan video dalam aplikasi multimedia ialah ;

· video analog sering mengalami masalah seperti kecairan warna, gambar yang kurang jelas dan kejatuhan kualiti akibat kerap digunakan atau disimpan dalam tempoh yang lama.

· video digital menyediakan kemudahan secara rawak dengan membenarkan arahan copy, cut dan paste disamping kualitinya yang kekal sepanjang masa,

· perisian yang kurang arahan atau terlalu canggih boleh membebankan pengguna.

5) Animasi

Penggunaan animasi dalam aplikasi multimedia berkesan kerana ;

· animasi digital mampu menyampaikan sesuatu mesej dengan lebih pantas,

· animasi yang berkesan mampu menarik perhatian, meningkatkan motivasi serta merangsang pemiliran pelajar,

· teknologi animasi mampu memudahkan proses penerangan konsep dan demonstrasi sesuatu kemahiran.

· animasi dapat mempengaruhi kanak-kanak untuk lebih berminat belajar kerana terdapat unsur kartun yang sama sekali serasi dengan jiwa kanak-kanak yang sukakan animasi itu sendiri.

Sebagai kesimpulannya penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendididikan bukanlah sesuatu yang baru, malah telah lama diperkenalkan di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah sejak awal 60an lagi. Malaysia tidak ketinggalan dalam menikmati arus pembangunan berasaskan komputer ini. Dalam konteks pendidikan, ia bukan hanya mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, tetapi berpotensi sebagai alat untuk mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semua mata pelajaran.

Konsep pembelajaran berasaskan peralatan teknologi komunikasi (ICT) khususnya internet dianggap semakin popular dan penting untuk meningkatkan lagi tahap pencapaian seseorang pelajar di dalam pelajarannya. Kajian menunjukkan stail pembelajaran pelajar banyak mempengaruhi hasil pembelajaran. Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan aplikasi seperti internet dapat membantu pengurusan dan pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah yang secara langsung melibatkan pendidik, pelajar, ibu bapa dan ahli masyarakat yang prihatin. Penggunaan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran membolehkan bilik darjah bertemu dengan dunia nyata serta membolehkan pelajar-pelajar sendiri mencari maklumat dan bahan asal; memudahkan kolaboratif dan perbandingan global; dan membolehkan bahan-bahan multimedia dicipta dan disebarkan dengan mudah.

Kepesatan teknologi internet ini perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh pendidik dan pelajar demi memartabatkan lagi pendidikan ke arah kecemerlangan pendidikan. Walaupun terdapat masalah yang timbul ianya bukan satu isu yang tidak boleh diatasi malah kerajaan telah membuat pelbagai perancangan dan perlaksanaan seperti dalam Rancangan Malaysia Kesembilan 2006 – 2010 dalam memartabatkan ICT di Malaysia. Antara program yang dilaksanakan adalah program latihan dan pendidikan ICT diperluaskan lagi di peringkat sekolah, prauniversiti dan IPT adalah pembangunan kemahiran teras dalam pelbagai bidang seperti pembangunan perisian dalam sains hayat dan aplikasi pengetahuan juga kelonggaran prakelulusan kurikulum kepada IPT supaya selaras dengan kehendak dan keperluan industri. Sistem pendidikan yang berkembang pesat selaras dengan kehendak dan aspirasi negara ini perlulah mengaplikasikan ICT khususnya dalam penggunaan teknologi internet supaya sistem pendidikan tidak ketinggalan jauh berbanding dengan negara maju.

RUJUKAN

Youtube video.The Alphabet Song

http://www.youtube.com/watch?v=gWVJQymWZpo&feature=related

Rancangan Malaysia KeSembilan, EPU

http://161.139.39.251/akhbar/info.tech/1996/um96a28.htm